Nuffnang Ads

Showing posts with label I love Islam. Show all posts
Showing posts with label I love Islam. Show all posts

Tuesday, 13 November 2012

95 "Guide Me All The Way...to your Jannah"

Salam Alaykum'

let us deeply define the meaning of the lyrics

Guide Me All The Way
by Maher Zain

i know that you could easily
take away everything you've given me
and i try to remember
not to take anything for granted
cause i know that one day
suddenly this will all come to an end
so my last wish is for you to be pleased with me

Allah Ya Allah
guide me all the way to your jannah
Ya Allah Ya Allah
Don't let me go astray cause i need you
by my side, i wish to be close
close to you throughout my life
Ya Allah, oh Allah
be with me all the way

i know that sometime i do
i do forget that my next breath could be the last
forgive me cause i can't thank you enough
forgive me when i doubt your love
now i pray for that day
when all this stops and comes to an end
so my last wish is for you to be pleased with me

Allah Ya Allah
guide me all the way to your jannah
Ya Allah Ya Allah
Don't let me go astray cause i need you
by my side i wish to be close
close to you throughout my life
Ya Allah, oh Allah
Be with me all the way

Day by day passes
and i think that my time could be near
so i pray, O God let this world be in my hands
and not in my heart
cause soon I'll have to leave

Allah Ya Allah
guide me all the way to your jannah
Ya Allah Ya Allah
Don't let me go astray cause i need you
by my side, i wish to be close
close to you throughout my life
Ya Allah, oh Allah
be with me all the way

Guide me all the way
Don't let me go astray...




Saturday, 25 August 2012

91 "Petua untuk wajah berseri"

Islam adalah agama yang indah.
Kecantikkan yang kita miliki juga adalah kurniaan yang-Esa.
wajarlah jika kita sama-sama mengamalkan apa yang ada dalam Islam.
Semoga Allah merahmati kehidupan kita seharian.
InsyaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim.

1. Amalkan membaca 'Ya Qawiyyu' (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali memberi salam kedua selepas solat.

2. Elakkan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Seeloknya amalkan mencuci muka sebelum tidur.

3. Gunakan 3 jari di tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.

4. Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku".

5. Membaca doa Bercermin "Ya Allah, sebagaimana kau catikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku".

Friday, 20 July 2012

88 "Ayat 1000 Dinar"

Salam Alaykum'

Second and Third sentence from Surah At-Talaq or it is also known as "Ayat 1000 Dinar".

Advantages of Ayat 1000 Dinar
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan , kezaliman, dan bencana alam.
4. Jika berperang InsyaAllah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikam segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

InsyaAllah.


Saturday, 23 June 2012

83 "Tips Awal sebelum bertudung labuh"


[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .









InsyaAllah Redha Allah itu sentiasa.
Semoga kita semua dibukakan hati ke arah ini. InsyaAllah.
Ameen.

Sunday, 22 April 2012

71 "Petua untuk wajah berseri"

1. amalkan membaca 'Ya Qawiyyu' (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali lepas memberi salam kedua, selepas solat.
2. jang cuci muka dengan cleanser pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. seeloknya cuci muka sebelum tidur.
3. gunakan tiga jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.
4. selawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku".
5. membaca doa bercermin "Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku".



selamat mencuba, insyaAllah. :)

Thursday, 29 March 2012

65 "Perkahwinan"




Definisi Perkahwinan
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Jenis-jenis Perkahwinan
  • Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
  • Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]
  • Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah suci di dalam Tuhan Kristus untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).[4]

Hukum-hukum Perkahwinan dalam Islam
  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Hikmah Perkahwinan
  • Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
  • Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
  • Memelihara kesucian diri
  • Melaksanakan tuntutan syariat
  • Menjaga keturunan
  • Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
  • Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
  • Dapat mengeratkan silaturahim

sumber wiki wiki

Monday, 19 March 2012

64 "Jangan"

JANGAN dalam Islam

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna


- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.


- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.


- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.


- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.


- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.


- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.


- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
 

Monday, 22 August 2011

27 'Islam is the only way of Life'

Assalamualaikum and guten tag freund!


alhamdulillah saya dilahirkan sebagai seorang Islam
alhamdulillah saya dilahirkan untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi Allah
alhamdulillah saya dibesarkan dalam keluarga yang bahagia
alhamdulillah saya dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang baik
alhamdulillah saya adalah diri saya

Islam is the only way of Life
bila hati kita merasa kurang senang atau dalam keluh kesah, maka pulanglah kepada Allah insyaAllah seribu satu kebaikan yang akan kita peroleh.


love_bonnie