Nuffnang Ads

Saturday, 27 August 2011

35 'Cornflake madu'

assalamualaikum and guten tag freund!

ok ini adalah biskut keempat yang nis buat untuk hari raya.
cornflake madu.
mesti semua orang tahu kan.
mesti semua orang suka.



BAHAN-BAHAN
250g cornflakes
100g gula kastor
150g mentega
colourful beads
5 tablespoon honey(kalau kurang tambah)
kismis
badam hancur
bijan
paper cup

CARA-CARA
mula-mula masukkan mentega, gula dan honey dalam pan, kemudian panaskan hingga cair.
dalam bowl masukkan cornflakes,badam, and kismis.
tuangkan semua bahan yang cair tadi dan gaul hingga rata.
kemudian masukkan dalam paper cup.
taburkan bijan dan colourful beads di atas.
bakar pada suhu 170 darjah dalam masa 10 minit.
its done!

selamat mencuba!

love_bonnie

Thursday, 25 August 2011

34 'Confuse all over the place'

sumber: en google


ok malam ini sangat la confuse.
tentang apa?
tentang semester hadapan.
tentang apa?
tentang daftar subjek.
tentang apa?
tentang pemilihan subjek.
tentang apa?
tentang mekatronik elektif.
tentang apa?
tentang pemilihan antara AI or EPM.
tentang apa?
tentang AI-Artificial Intelligence System and Electrical Power and Machines.
tentang apa?
tentang berapa peratusan kemampuan saya terhadap dua subjek ini.

banyak sangat tentang yang takut-takut bertentangan dengan kemampuan diri.

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku di dunia ini. Engkau berikanlah petunjuk yang terbaik untuk diri hamba. Ameen.

love_bonnie

33 'Biskut Nestum'

assalamualaikum and guten tag freund!

ok ini adalah resepi kelima hanis.
biskut nestum.



BAHAN-BAHAN
250g mentega
50g gula kastor
1biji telur kuning
1 sudu kecil esen vanilla
200g tepung gandum
30g tepung jagung
200g nestum
coklat masakan putih
coklat rice

CARA-CARA
pukul mentega,gula,telur kuning, and esen vanilla sehingga kembang.
masukkan tepung gandum, tepung jagung, and nestum.
gaul hingga sebati.
canaikan kemudian tekapkan acuan bentuk kesukaan anda.
bakar pada suhu 170 darjah 15-20minit.
cairkan coklat kemudian celupkan biskut ke dalam.
celupkan biskut dengan coklat rice.
its done!

selamat mencuba!

love_bonnie

32 'Dark Piping'

assalamualaikum and guten tag freund!

ok agak lama x jenguk resepi biskut ni, yang agak lama dah nak post =.=
adoiii memikirkan subjek to be taken for next sem.
pape pun nak share jugak... =)

 ini pula biskut raya keempat yang nis buat.
dark piping.



BAHAN-BAHAN
250g mentega
100g gula kastor
1biji telur putih sahaja
1sudu esen vanilla
120g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil esen vanilla
20g serbuk koko
coklat masakan putih
badam hancur

CARA-CARA
putar mentega, gula, telur putih dan esen vanilla hingga kembang.
masukkan tepung gandum, baking powder, esen vanilla and serbuk koko.
gaul hingga sebati.
kemudian gunakan acuan berbentuk star untuk bentuk biskut.
bakar pada suhu 170 darjah selama 15-18 minit.
lepas siap dibakar cairkan coklat putih.
kemudian celupkan hujung biskut, then celupkan ke dalam badam.
its done!

selamat mencuba!

love_bonnie

Tuesday, 23 August 2011

31 'Tart Nenas Gulung'

Assalamualaikum and guten tag frens!

ni pula biskut ketiga nis. favourite ummi and abah.
tart nenas gulung.



BAHAN-BAHAN
250g mentega
50g gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji kuning telur
375g tepung gandum
20g tepung jagung
jam nenas yang boleh dibeli di pasaran@buat sendiri jam, guna nenas dan gula
CARA-CARA
mula2 pukul mentega, gula, kuning telur dan esen vanilla hingga kembang.
kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
kacau hingga sebati.
kemudian ambil adunan dan masukkan dalam acuan then tekankan atas dulang pembakar,
masukkan inti then gulung.
kemudian sapu kuning telur atas adunan.
bakar pada suhu 150 darjah selama15-20 minit

selamat mencuba! =)

love_bonnie