Nuffnang Ads

Monday, 5 September 2011

38 'Love, Cinta'

assalamualaikum...


terlalu universal bila kita sebut tentang LOVE or CINTA.
every single person must have their own meaning of this word.
ok same goes to me.
what ever it is, kita kena dahulukan yang mana yang utama.

cinta kepada ALLAH
adalah cinta yang agung.
nis ada baca satu artikel di salah satu laman sesawang yang wujud di dunia ini,
and i feel wanna share dengan u all.

terdapat 3 peringkat cinta.
cinta AGUNG
cinta PERTENGAHAN
cinta HINA

i guess mesti u all dah boleh teka apa maksud di sebalik words ni kan.

first we go to cinta AGUNG:
for sure cinta kepada Allah s.w.t, Rasul, dan Islam.
tiada cinta yang boleh menyamai kedudukan cinta ini.

secondly we go to cinta PERTENGAHAN:
cinta yang terhasil daripada ikatan akidah, ikatan keturunan, keluarga, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan.

thirdly we go to cinta HINA:
cinta yang berlandaskan hawa nafsu, cinta yang tumbuh dari hasutan syaitan dan iblis, serta mencintai sesuatu melebihi Allah.

tidak dapat disangkal jika kita semua pernah jatuh cinta, namun pernahkah kita fikir, cinta jenis apa yang kita temui itu.
dalam islam istilah cinta itu hanya wujud dengan ikatan perkahwinan.
jika rasa cinta itu berputik sebelum ada ikatan perkahwinan antara dua insan, maka mereka perlu segera disatukan.
cepat berkahwin akan mengurangkan maksiat hati yang dilakukan sepanjang percintaan, lantas syariat juga terjaga.

Dalam satu hadis riwayat Hakim Khatib, Ibn Asakir, Dailami & lain-lain, Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang asyik kepada sesuatu lalu cuba menjauhkannya atau melupakannya, lalu menyembunyikan di dalam hatinya, kemudian dia mati maka matinya adalah mati syahid”

perasaan jatuh cinta itu tidak salah, kerana semua itu kurniaan Allah, namun kita sebagai manusia haruslah muhasabah diri jika cinta yang dirasai itu melalaikan.
sentiasalah berdoa dan mohon petunjuk pada Allah agar kita sentiasa berada di jalan yang benar.

jadi u all, sama- sama la kita muhasabah diri.
nis nak share semua ni untuk renungan kita bersama.
belum terlambat untuk kita semua berubah.
perubahan yang ingin kita lakukan memerlukan jangka masa yang sangat panjang.
jangan mendadak melakukan perubahan, takut nanti x istiqamah jadinya.
sentiasa berdoa, mohon dengan sangat pada Allah.
insyaAllah kita semua akan berada di bawah linkungan rahmatNya.
ameen.

semua yang baik dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri nis.

sebelum bersurai.
dengar la lagu ni.
destinasi cinta by mestica.



love_bonnie

No comments: