Nuffnang Ads

Sunday, 27 November 2011

49 'En Iri Hati, En Hasad Dengki'

assalamualaikum...und hallo!

hows everything? hopefully everything is fine. same goes to me. alhamdulillah Allah still give me chance to breath using oxygen that Allah create for humans to stay alive.

is all of you know the terms iri hati dan hasad dengki? nauzubillah...selalu la berdoa mohon pada Allah supaya kita sama-sama tidak ke arah ini. insyaAllah jika ibadat terjaga segalanya terjaga.

for our information, ada 4 jenis hasad dengki :

1. Seseorang yang mengharapkan hilangnya kenikmatan dari orang lain walaupun kenikmatan itu tidak ia dapati.
2. Seseorang yang mengharapkan hilangnya kenikmatan dari orang lain kerana ia menginginkan kenikmatan itu untuk dirinya. Contohnya menginginkan wanita cantik, jabatan tinggi,harta melimpah dan sebagainya.
3. Seseorang yang ingin mendapatkan seperti yang dimiliki orang lain dan ia tidak mengharapkan kenikmatan itu hilang dari orang itu. Tetapi, apabila ia tidak mendapatkannya, maka ia berharap kenikmatan itu pun hilang dari orang itu agar tidak ada perbezaan antara dia dengannya.
4. Seseorang yang ingin mendapatkan apa yang dimiliki oleh orang lain. Tetapi, apabila ia tidak mendapatnya, maka ia tidak berharap kenikmatan itu hilang dari orang lain.

penjelasan detail :
Iri Hati Itu Boleh. -kalau kita melihat orang lain lebih banyak ibadatnya dari kita lalu kita berusaha untuk menaikkan semangat untuk melakukan seperti mereka.
Iri Hati Bertukar Hasad Dengki dan Mendengki. -hasad dengki ini timbul dari hasutan syaitan yang sentiasa berbisik kepada kita supaya kita melakukan kezaliman kepada orang lain, melalui cara kotor untuk menjatuhkan orang dan kita puas dengan apa yang kita lakukan.
Yakinlah Dengan Keadilan Allah. -Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.
Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.
Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu. Dan kamu memerlukan aku.

ini adalah doa yang boleh kita amalkan untuk hindarkan diri kita dari hasad dengki insyaAllah

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa' : 32)

sama-sama lah kita muahasabah diri semoga kita berada di jalan yang benar. insyaAllah

love_bonnie

No comments: