Nuffnang Ads

Sunday, 27 November 2011

51 'Moi is bubur nasi'

hallo!

again new entry. sebab tak ada kerja. so duduk sorang2 cari kerja.
dari jumaat sampai la hari ni ahad i am alone in my room. semua housemate balik. ika ada di bilik sebelah but she involve dengan SUKFAC so she is a bit busy. busy pun dia peneman hilang sunyiku. :)

so dalam weekend ni mmg tak turun pergi mana2, even pergi cafe pun tak. wahhh diet kan, tiga hari tak makan. hahahaha sapa kata nor hanis tak makan? terlebih makan ada...dalam bilik memang penuh stok makanan sampai habis sem ni. cukup la untuk si bujang hilangkan lapar.

agak rajin untuk memasak jadi menu nis adalah moi. moi ni orang utara ja tau. moi ni adalah bubur nasi. orang sini panggil nasi air. mula2 dulu lawak juga. tapi lama2 dah terbiasa. so bagi si bujang boleh la cuba resepi bujang ni.

bubur nasi segera.

untuk seorang makan

bahan-bahan:
beras
ubi kentang
serbuk maggi cukup rasa

cara-cara:
mula-mula kupas kulit ubi kentang dan potong dadu.
ambil segenggam beras kemudian basuh beras bersama ubi kentang tadi.
untuk segenggam beras, jumlah air diperlukan 4 cawan.
tunggu sehingga air tadi kering sedikit, kemudian masukkan serbuk cukup rasa secukupnya.
sedia untuk dimakan bersama sambal ikan bilis kering. nyummy.




love_bonnie

50 'I got my "P" '

hye there!

20.11.2011 -finally i got my P license...yeay! 

perasaan yang ada bercampur...excited of course! happy of course! nervous of course! ketaq2 pun of course!

it takes 3 months for me to finish my license. as you all know i still studying. the place i study is far away from hometown. so for sure i cant make it on time. i started taking KPP class on august. then i finish my JPJ test on november.3 months. actually i can get my P before november, but i did failed the first JPJ test. parking grrr! makes me angry with the JPJ. huhuhu the mistake is the bumper of my car is on top of white line, totally failed. aiyakk what can i do just repeat for the second time.

during second test. i am too nervous because i might failed again. alhamdulillah with doa and pray to Allah with my family support then i pass the test. once i know all test i pass i signed the certificate with smiley face non stop...hahahaha too excited!

but unfortunately i dont have car here at pekan, pahang. if i want to drive then i need to rent car.

its ok at least i do practice. 'practice make perfect'.


love_bonnie

49 'En Iri Hati, En Hasad Dengki'

assalamualaikum...und hallo!

hows everything? hopefully everything is fine. same goes to me. alhamdulillah Allah still give me chance to breath using oxygen that Allah create for humans to stay alive.

is all of you know the terms iri hati dan hasad dengki? nauzubillah...selalu la berdoa mohon pada Allah supaya kita sama-sama tidak ke arah ini. insyaAllah jika ibadat terjaga segalanya terjaga.

for our information, ada 4 jenis hasad dengki :

1. Seseorang yang mengharapkan hilangnya kenikmatan dari orang lain walaupun kenikmatan itu tidak ia dapati.
2. Seseorang yang mengharapkan hilangnya kenikmatan dari orang lain kerana ia menginginkan kenikmatan itu untuk dirinya. Contohnya menginginkan wanita cantik, jabatan tinggi,harta melimpah dan sebagainya.
3. Seseorang yang ingin mendapatkan seperti yang dimiliki orang lain dan ia tidak mengharapkan kenikmatan itu hilang dari orang itu. Tetapi, apabila ia tidak mendapatkannya, maka ia berharap kenikmatan itu pun hilang dari orang itu agar tidak ada perbezaan antara dia dengannya.
4. Seseorang yang ingin mendapatkan apa yang dimiliki oleh orang lain. Tetapi, apabila ia tidak mendapatnya, maka ia tidak berharap kenikmatan itu hilang dari orang lain.

penjelasan detail :
Iri Hati Itu Boleh. -kalau kita melihat orang lain lebih banyak ibadatnya dari kita lalu kita berusaha untuk menaikkan semangat untuk melakukan seperti mereka.
Iri Hati Bertukar Hasad Dengki dan Mendengki. -hasad dengki ini timbul dari hasutan syaitan yang sentiasa berbisik kepada kita supaya kita melakukan kezaliman kepada orang lain, melalui cara kotor untuk menjatuhkan orang dan kita puas dengan apa yang kita lakukan.
Yakinlah Dengan Keadilan Allah. -Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.
Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.
Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu. Dan kamu memerlukan aku.

ini adalah doa yang boleh kita amalkan untuk hindarkan diri kita dari hasad dengki insyaAllah

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa' : 32)

sama-sama lah kita muahasabah diri semoga kita berada di jalan yang benar. insyaAllah

love_bonnie